Seorang wanita, dikatakan alami masalah tekanan perasaan ditemui maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Cheras, pada Isnin.<br />Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.34 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan ada kematian di kawasan itu.
